Pernah tak korang habiskan masa dekat youtube berjam-jam?. Dan pernah tak korang terkandas dekat youtube channel indonesia. Hari ni aku bukan nak cerita tentang viewer indonesia yang ramai tapi aku nak cerita tentang kebanyakan youtube indonesia buat content tentang negara kita. Sepanjang pkp ni aku menghabiskan masa dekat youtube, aku melihat banyak gila youtuber indonesia membuat content di youtube mereka tentang negara kita.
Selain kaki claim,mereka juga kaki perbandingan. Mereka akan membandingkan semua perkara sehingga baru-baru ni pakej rangsangan ekonomi negara kita pun mereka jadikan bahan berita, siap tunjuk flow.Memang fans terbesar negara kita ialah indonesia maka bertuahlah negara kita kerana ada orang luar yang begitu meminati negara kita
5 perkara yang mereka suka sangat buat content tentang negara kita.
1.Ketenteraan
Mereka boleh tahu kita ada berapa kapal perang,askar dan macam-macam lagi.Sangat mengerikan...hahahha
2.Bola Sepak
Ini memang feberet diorang. Sebabnya korang faham-fahamlah.
3.Pengangkutan Awam
Kadang-kadang aku juga tak faham sampaikan stesen mrt, stesen bas negara kita semua dioarang jadikan content. Secara tak langsung naikkan nama
negara kita. Terima kasih indonesia
4. Perbandingan Artis
Diorang ni jenis kaki fanatik juga lah. Aku bagi contoh yang pernah aku jumpa,engku emran actually aku tak kenal pun siapa ni tapi aku tahu lah dia mantan suami erra tapi indonesia punya level harta moyang engku emran pun dia tahu.Gempur dia bukan sikit-sikit tapi gempur gerila. indonesia punya youtuber ni bukan luar kota fikir tapi luar kotak yang berada di luar rumah.
5. Hasil bumi
Aku tak faham youtuber indonesia suka sangat banding hasil bumi.
Ya..ya kami tahu koranglah yang paling kaya seantoro asean ni. So janganlah cakap malaysia tiada hasil bumi itulah ini lah.
So ini just pendapat aku je lah. Korang boleh kongsikan apa yang korang perasan tentang youtuber indonesia suka tentang negara kita. Jangan lupa komen dibawah. Kalau dapat sambutan nanti aku menulis lagi...
So ini just pendapat aku je lah. Korang boleh kongsikan apa yang korang perasan tentang youtuber indonesia suka tentang negara kita. Jangan lupa komen dibawah. Kalau dapat sambutan nanti aku menulis lagi...

Comments
Post a Comment