Posts

Si Pemerhati Youtube

Pernah tak korang habiskan masa dekat youtube berjam-jam?. Dan pernah tak korang terkandas dekat youtube channel indonesia. Hari ni aku bukan nak cerita tentang viewer indonesia yang ramai tapi aku nak cerita tentang kebanyakan youtube indonesia buat content tentang negara kita. Sepanjang pkp ni aku menghabiskan masa dekat youtube, aku melihat banyak gila youtuber indonesia membuat content di youtube mereka tentang negara kita.  Selain kaki claim,mereka juga kaki perbandingan. Mereka akan membandingkan semua perkara sehingga baru-baru ni pakej rangsangan ekonomi negara kita pun mereka jadikan bahan berita, siap tunjuk flow.Memang fans terbesar negara kita ialah indonesia maka bertuahlah negara kita kerana ada orang luar yang begitu meminati negara kita               5 perkara yang mereka suka sangat buat content tentang negara kita.    1.Ketenteraan  Mereka boleh tahu kita ada berapa kapal perang,askar dan macam-macam lagi.Sangat mengerikan...hahahha